Ini adalah lawatan teknikal yang pertama bagi pelajar JKEES.
Lawatan in telah diketuai oleh Prof. Dr. Marzuki.
Masa nie aku tiada dalam gambar nih..sebab aku pergi tempat lain..huhu
Hadi, faisol, man dan amir bergambar dipuncak menara...hehe.
Inilah bakal jurutera yang bakal menghancurkan dunia...haha.
Aku pegang tiang ni sebab takut gayat sebenarnya...
tak sangka cam bergaya lak..haha
Siapa budak 2 orang nehh..??
Inilah trip pertama lawatan budak kelas JKEES ke Genting. untuk kali kedua punye trip tak tau bila pulak..haha. Baik punye posing kat kl sentral...hehe
Bergambar kat bas double-decker.
Journey to Genting Theme Park with genting sky way...
Bergambar dengan bas...padahal bas tu tak boleh gerak pun..
cam bodo jerk...haha
Dalam cawan pening... Fuh..!!!!!nak muntah seh...
mata amir dah sampai juling-juling..hahah
Bersama-sama rakan kelas JKEES.
BBQ ini sempena meraikan exam yang dah lepas.
Bergambar dulu sebelum mendaki tanga,sebab bila dah naik tangga tersebut, semua orang pancit termasuk amir dan faisol..huhu.
membuat persiapan untuk membangunkan khemah persalinan.haha.
duan tipu je tu, pdahal tolong pegang je sebab nak masuk dalam gambar.huhu.
Ketika membuat aksi gelunsur maut..!!!
Budak-budak bajet macho...hahaha.
Tahniah dan Selamat Datang Kepada Mahasiswa/i Baru yang berjaya menjejakan kaki menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kami juga mengucapkan tahniah sekali lagi kerana telah berjaya menjadi warga Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. Selamat Kembali diucapkan kepada pelajar lama yang akan meneruskan perjuangan yang belum berakhir. Untuk pengetahuan pelajar lama, Fakulti Kejuruteraan telah ditukar nama kepada Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina mulai sesi 2008/2009.
Universiti merupakan menara gading yang menjadi cita-cita bagi setiap individu sejak dibangku sekolah lagi. Universiti secara umumnya ialah institusi yang memberikan ilmu dalam pelbagai bidang, menjalankan penyelidikan ilmiah dan menganugerahkan pelbagai peringkat ijazah.
Mahasiswa/i adalah satu terminologi bagi individu yang menghampiri kecemerlangan sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Namun, sebagai mahasiswa/i persediaan diri yang lengkap sama ada berbentuk dalaman (internal) dan luaran (external) perlu seiring untuk menjadikan kita sebagai mahasiswa/i cemerlang lagi efektif. Sebagai mahasiswa/i yang baru melangkah ke menara gading, mahasiswa/i mesti mengenalpasti keperluan dalam merealisasikan harapan ibu bapa, agama, bangsa dan negara.Mahasiswa/i sekalian adalah insan yang terpilih daripada ribuan pemohon lain. Jadi, sewajarnya mahasiswa sekalian tidak mensia-siakan peluang yang diberikan . Justeru, sebagai mahasiswa/i anda perlu serta merta mengadaptasi corak kehidupan sebagai anggota alam intelektual.
Salam Mahasiswa.