Tinta Perwakilan Kejuruteraan dan Alam Bina

By issey on 2:28 AM

Filed Under:

Tahniah dan Selamat Datang Kepada Mahasiswa/i Baru yang berjaya menjejakan kaki menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kami juga mengucapkan tahniah sekali lagi kerana telah berjaya menjadi warga Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. Selamat Kembali diucapkan kepada pelajar lama yang akan meneruskan perjuangan yang belum berakhir. Untuk pengetahuan pelajar lama, Fakulti Kejuruteraan telah ditukar nama kepada Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina mulai sesi 2008/2009.

Universiti merupakan menara gading yang menjadi cita-cita bagi setiap individu sejak dibangku sekolah lagi. Universiti secara umumnya ialah institusi yang memberikan ilmu dalam pelbagai bidang, menjalankan penyelidikan ilmiah dan menganugerahkan pelbagai peringkat ijazah.

Mahasiswa/i adalah satu terminologi bagi individu yang menghampiri kecemerlangan sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Namun, sebagai mahasiswa/i persediaan diri yang lengkap sama ada berbentuk dalaman (internal) dan luaran (external) perlu seiring untuk menjadikan kita sebagai mahasiswa/i cemerlang lagi efektif. Sebagai mahasiswa/i yang baru melangkah ke menara gading, mahasiswa/i mesti mengenalpasti keperluan dalam merealisasikan harapan ibu bapa, agama, bangsa dan negara.Mahasiswa/i sekalian adalah insan yang terpilih daripada ribuan pemohon lain. Jadi, sewajarnya mahasiswa sekalian tidak mensia-siakan peluang yang diberikan . Justeru, sebagai mahasiswa/i anda perlu serta merta mengadaptasi corak kehidupan sebagai anggota alam intelektual.

Salam Mahasiswa.

1 comments for this post

nama fakulti x best..
wahaha...

Posted on July 15, 2008 at 10:32 PM  

Post a Comment