7 ELEVEN

By issey on 2:39 AM

comments (0)

Filed Under:

Disebuah hospital di ibukota, empat orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak.

Kemudian keluar jururawat dan memberitahu kepada ayah pertama,
"Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!".

"Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama.
" Saya bekerja di Menara Berkembar Petronas"

Kemudian keluar pula jururawat lain dan memberitahu kepada ayah kedua,
"Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!""Wooow! , mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua."Saya kerja di 3M Corporation"

Keluar pula jururawat lain dan memberitahu ayah ke ketiga,"Congratulat ion! isteri you dapat kembar empat," "Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan".
Saya kerja di Four Season Hotel!"

Pada masa ini ayah yang ke empat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah.
Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "Kenapa risau sangat??" Jawab ayah keempat,"Saya bekerja di Seven-Eleven! "

Budin & Kucing

By issey on 2:32 AM

comments (0)

Filed Under:

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah
dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu
jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan
itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela
seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing
terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah
lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya.
Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok
berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat
rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya,
Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi ,
Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam
karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya
sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok
tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan
siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan
sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan
Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa
si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya
mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja,
alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi
jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan
ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok,
segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok
dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.
Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh
suspen lagi berdebar-debar…

Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.

Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi…

Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.

Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni “

eNjoY ke MelAka

By issey on 12:39 AM

comments (1)

Filed Under:

Pada hari sabtu ( 26112008) yang lepas aku, gadi, man, nayie dan fat(awek hadi)..hhihi pergi melaka.pergi kat rumah wan sebab akak dia kawin..pergi jela sebab akak member kawin..kalu wan kawin tak nak aku pergi tengok..haha. tapi wan nih bukan ade awek pun, so lambat lagi dia nak kawin..cari awek pun susah..haha.














Kitorang bertolak dalam pukul 11 lebih, sebab hadi punye hal la ni..nk melabur la hape lah..kecoh vetol..haha.padahal kitorang bangun lambat..hihi. Ni gambar on da way pergi melaka...hadi yang drive..sebelah tuh fat..hadi punye awek..hehe. aku, man dan nayie duk belakang jer..cam boss gitu..haha. hadi bawak laju gak dalam 120 ~130 km/h.. fuh..nk tercabut telinga seh.. dalam kul 1230 kitorang sampai kt rumah wan kt sg. udang..tp sebelum tu pergi cari seri dulu..sebab nak suruh dia tunjuk jalan pergi rumah..dia pun nak pergi rumah wan gak. dalam 1230 kitorang sampai kt "LORONG KUTUK MUSA" pergh...nama cam hebat tuh..haha. lorong paling famaous kat melaka..kalah lorong haji taib kt kl nih..hehe. sebab tu wan suka balik kg.. ;)




wan nih kejam giler..pergi umah dia bg makan tapai dan air kosong jerk...???
kedekot nak mampos..!!! tobat aku xmo pergi dah umah wan pasni..hahahah.
lepas makan2 dan usha awek kat umah wan kitorg gerak nak pergi jalan2 kat melaka..pegi umah seri dulu, sebab dia nk tukar baju dulu.. pas siap sume, kitorg gerak pergi bandar melaka..huish..da la panas, jalan jem pulak..tension giler duk dalam keta,..bruk jerk bandar melaka nih..haha.(jgn mara wan)hihi.



pastu kitorg pergi jalan kt bangunan merah..cantik jugak la tempat tuh..tapi aku tengok a-farmosa tu cam bodoh jer..haha.
ni first time aku pergi kat situ..umur 22 tahun bru jejak kat situ..ok la..hehe.




















yang gambar sebelah kiri nih, aku pun pelik bila tengok gambar tuh..camne tiba-tiba kitorang boleh ada family ramai camtuh..huhu. macam family lak..tp tak kenal pon..tah sape2 tah..sebok je datang dan enterframe jugak..mesti dorg tgk sebab amik gambar guna kamera mahal..haha. ha, yang gambar sebelah kanan nih baru btol kitorang..dari kiri.. fat, hadi, man , issey, seri dan nayie...
amik gambar kat sebelah..takut ade orang enterframe lagi,...haha.























pastu naik kat bukit lak..aku pun xtau ape name tempat tuh..naik jer..seri la nih yang ajak naik..penatgak..sampai atas pancit jugak la..haha. erm..mase naik tangga sempat lagi berposing..huhu.

































ni beberapa oarng yang tak berapa nak betol..igt bergambar kat bnda hebat la tuh..padahal kat batu nisan orang mati jer tuh..haha. muka cam bangga jer..xsedar bnda tuh kubor..haha.




wah...!!! kagum sungguh gambar nih.. bole buat cover album nih..sape nak???




control macho seh...!!!bodonye bangunan nih..cmne lah bole jadi kubu..adoii..!!!




perghh..!! bergaya dowh gambar nih..
bole jadi model nih budak2 nih..
bole jadik patong dok kt sogo..hahaha.



merenung kesempitan masa untuk berada disini lagi..masa amat mencemburui kami..huhu.

nnti2 la aku sambung la..malas da nie...

Serangan HIV secara bersembunyi...

By issey on 12:05 AM

comments (0)

Filed Under:

Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum
membacanya.. . Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif
seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen
Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau
telah
merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila
berhati-hati. .. Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum
penyuntik yang telah digunakan penagih

1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai
selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi
pantai danmenimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini
kemudiannya terdedah akibat ombak.

2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan
penagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah
tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur &
kemudiannya didapati HIV positif.

3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang
terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa
sesuatu benda mencucuk.. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan
nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive' .
Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat
virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati.. .. .

4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan
penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman...
jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul
tempat mengembalikan wang syiling... .mungkin terdapat jarum penyuntik di
dalamnya.

5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya
meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis
dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan
mayonis & sos Order di tempat lain. Ini adalah nyawa anda. Sila
'foward' maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain, especially
orang yang anda cintai, anak anda
dan sesiapa saja....

Dr Yasmin Anum Mohd Yusof
Associate Professor & Head Dept. of Chemical Pathology
School of Medical Sciences

Lirik Lagu Cuba by Faizal Tahir

By issey on 1:33 AM

comments (11)

Filed Under:

Cuba
by Faizal Tahir

coba kau dengar
coba kau coba
diam bila ku coba
untuk berbicara dengan kamu
pernahkah kau anggap
bila ku perlu tuk meluahkan rasa hati

dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar senang kau merasa

chorus
siapa sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkan aku
itulah aku padamu

coba kau lihat
coba kau coba
renung ke mata kau
bila ku kaku melihatmu
pernahkah kau ada
bila ku perlu tuk menyatakan rasa sakit dalam diri
dan bila kau perlu
setia ku menunggu
agar senang kau merasa

repeat chorus
maafkan kerana ku tak pernah
terlintas tuk menulis padamu
salahkan ku
tak mungkin lagi aku meminta
untuk kau mendengar
untuk kau melihat ke mataku

Lirik Lagu Yang Pernah by Estranged

By issey on 1:31 AM

comments (0)

Filed Under:

Yang Pernah
by Estranged

Silakan puas sudah disuruh
Nyatakan mimpi yang tak pernah lengkap
Lakukan apa saja yang kamu mampu

Sudahlah biar yang telah lalu
Lafazkan kesemua yang pernah ada
Akhirkan kalau ada masih tertinggal

Cukuplah kalau perangnya ada
Disamping kamu selalu

Andainya aku tahu
Ertinya disuruh
Semua kan pernah minta

Tibalah waktu untuk bersedar
Kerana giliran sudah menyuruh
Yang pasti yang panggil itu suci lagi

Berilah sedikit untuk aku
Hilangkan rasa hati yang tak percaya
Biarkan dia yang bilang jangan lagi

Cukuplah kalau perangnya ada
Disamping kamu selalu

Andainya aku tahu
Ertinya disuruh
Semua kan pernah minta

Andainya aku cari
Dimana dituju
Semua yang pernah jumpa

Jangann luka yang lebih
Kerana tiada yang memberi
Tiada cuma untuk kamu disini

Andainya aku tahu
Ertinya disuruh
Semua kan pernah minta

Andainya aku cari
Dimana dituju
Semua yang pernah jumpa